Tösen från Stormyrtorpet
Tösen från Stormyrtorpet

Tösen från Stormyrtorpet

Tösen från Stormyrtorpet (Bahasa Inggeris: The Lass from the Stormy Croft) merupakan filem senyap Sweden 1917 yang diarahkan oleh Victor Sjöström, berdasarkan novel dengan judul yang sama oleh Selma Lagerlöf yang diterbitkan pada tahun 1908.[1] Ia merupakan kejayaan pertama Sjöström dalam mengadaptasi novel-novel Lagerlöf, yang mana telah menghasilkan perjanjian antara Lagerlöf dan A-B Svenska Biografteatern (kemudian dikenali sebagai AB Svensk Filmindustri) untuk mengadaptasi sekurang-kurangnya satu novel Lagerlöf setiap tahun. Lagerlöf yang telah menolak banyak permohonan untuk mengadaptasi novelnya menjadi filem, telah mengubah keputusan membenarkan karya-karya tulisannya dijadikan filem setelah melihat filem Terje Vigen arahan Sjöström.[2]Ia telah ditayangkan di Amerika Syarikat sebagai The Girl from the March Croft dan di United Kingdom sebagai The Woman He Chose. Namun, pada hari ini, filem ini dikenali sebagai The Lass from the Stormy Croft, supaya judulnya selari dengan terjemahan judul dalam bahasa Sweden.